MADRID, 6 Mac- Empat orang ditemui mati dalam bot yang penuh dengan pendatang yang diselamatkan di luar Kepulauan Canary.
Pegawai maritim Sepanyol berkata, seramai 64 mangsa diselamatkan, kebanyakannya dalam keadaan tidak sihat, dari kapal yang ditemui pada Selasa di luar pulau El Hierro.
Dua daripada mangsa kemudiannya dikerjarkan dengan helikopter ke sebuah hospital di Tenerife manakala 14 lagi dibawa ke hospital di El Hierro, untuk dirawat kerana hipotermia dan dehidrasi.
Hampir 40,000 pendatang tiba dengan bot di Kepulauan Canary pada 2023 selepas melakukan penyeberangan berbahaya dari Afrika, peningkatan hampir 155 peratus berbanding tahun lalu dan melepasi jumlah rekod yang ditetapkan pada 2006.
Ramai daripada mereka tiba di El Hierro, pulau paling barat di Kepulauan Canary Sepanyol di Atlantik.
Laluan penghijrahan Atlantik ke Kepulauan Canary, biasanya digunakan oleh pendatang dari sub-Sahara Afrika yang cuba sampai ke Eropah.-AFP