fb fb fb fb fb

Lelaki bersenjata bunuh sembilan warga asing berhampiran sempadan Pakistan

Foto Reuters

DUBAI, 27 Januari - Lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah membunuh sembilan warga asing di tenggara Iran berhampiran sempadan Pakistan, lapor agensi berita Mehr.

Mehr melaporkan, tiada individu atau kumpulan mengaku bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku di wilayah Sistan-Baluchestan itu.

Kumpulan hak asasi manusia Baluch, Haalvash menerusi hantaran di laman webnya berkata mangsa adalah buruh Pakistan yang tinggal di kedai pembaikan kereta tempat mereka bekerja sementara tiga lagi cedera, katanya.

Tembakan itu berlaku ketika duta Pakistan dan Iran kembali memegang semula jawatan mereka selepas dipanggil semula ketika negara jiran berbalas serangan peluru berpandu minggu lepas.

Wilayah itu telah lama menjadi tempat pertempuran secara sporadis antara pasukan keselamatan dan militan pemisah serta penyeludup yang membawa candu dari Afghanistan.

Harga bahan api di Iran yang rendah juga telah menyebabkan penyeludupan bahan api ke Pakistan dan Afghanistan.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN