fb fb fb fb fb

Kebakaran di Taman Negara Los Alerces, musnahkan kira-kira 600 hektar

Foto AFP

BUENOS AIRES, 28 Januari- Kebakaran di Taman Negara Los Alerces, Argentina yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO telah memusnahkan kira-kira 600 hektar.

Anggota bomba bergelut memadamkan kebakaran di taman negara di Patagonia pada Sabtu, menghalang dari merebak ke dua bandar berhampiran.

Ketua jabatan bomba, komunikasi dan kecemasan taman, Mario Cardenas berkata pasukannya berdepan situasi kebakaran yang luar biasa.

"Keadaan tidak menguntungkan kerana kami masih mempunyai banyak angin dan suhu tinggi. Ini menjadikan kerja kami sangat sukar," kata Cardenas.

Suhu di Patagonia biasanya sejuk dan berangin telah mencecah 40 darjah Celsius (104 Fahrenheit) pada musim panas hemisfera selatan, dengan dua wilayah mengisytiharkan darurat akibat risiko kebakaran sehingga April.

Anggota penyelamat wilayah Chubut cuba menghalang api daripada sampai ke bandar Esquel dan Trevelin, kira-kira 2,000 kilometer (1,242 batu) di barat daya Buenos Aires.

Taman Los Alerces menampilkan landskap berukir glasier termasuk sungai dan tasik serta hutan asli pokok alerce, spesies pokok kedua terpanjang di dunia.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM