fb fb fb fb fb

Lebih ramai individu hidap mpox di Eropah daripada yang dilaporkan

Foto REUTERS

FRANKFURT, 23 Oktober- Lebih banyak kes jangkitan mpox (cacar monyet) berlaku di Eropah berbanding yang dilaporkan sebelum ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Roche Thomas Schinecker.

Dalam pada itu Switzerland boleh menawarkan kit ujian 10 kali lebih banyak daripada permintaan ketika ini.

"Nampaknya terdapat lebih banyak kes mpox di Eropah, mungkin belum disiarkan menerusi media," kata Schinecker.

Schinecker juga berkata, Jerman melaporkan pengesanan kes pertama varian mpox baharu pada Selasa.

Bagaimanapun Institut Robert Koch untuk kesihatan awam Jerman pada Selasa memaklumkan, risiko jangkitan kepada penduduk dilihat rendah.

Namun menurut Schinecker, permintaan untuk kit ujian mpox Roche "boleh menguruskan permintaan 10 kali lebih tinggi."

Sekiranya berlaku situasi pandemik dengan penyebaran virus yang lebih cepat, Roche memerlukan enam hingga sembilan bulan untuk meningkatkan pengeluaran, tambah Schinecker.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI