fb fb fb fb fb

Tiga komander Hizbullah, 70 pejuang dibunuh dalam masa 48 jam

Peluru berpandu disasarkan ke arah sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut, Lubnan/ REUTERS

BAITULMAQDIS, 23 Oktober- Tiga komander Hizbullah dan kira-kira 70 pejuang di selatan Lubnan dibunuh dalam tempoh 48 jam.

Di selatan Lubnan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) terus melakukan serangan terhadap infrastruktur milik Hizbullah.

Israel memperluaskan serangannya ke beberapa kawasan kejiranan di bandar pelabuhan Tire di selatan Lubnan pada Rabu.

Israel juga meningkatkan serangan di Lubnan selepas setahun pertempuran di sempadan dengan Hizbullah.

Serangan Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 1.2 juta rakyat Lubnan terpaksa keluar kediaman mereka dan membunuh 2,530 penduduk, kata kerajaan Lubnan pada Selasa.

Dalam pada itu rejim Zionis tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menghentikan serangan ke atas Gaza.

Bagaimanapun kumpulan pejuang pro-Iran berjanji untuk meningkatkan serangan ke atas Israel sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI