fb fb fb fb fb

Lebih 55,000 anggota kongsi gelap ditahan di El Salvador

SOYAPANGO, 16 Oktober- Lebih 55,000 individu dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ditahan pihak berkuasa El Salvador dalam tempoh tujuh bulan.

Penangkapan drastik itu dilakukan susulan pengumuman Presiden Nayib Bukele yang melancarkan perang terhadap aktiviti kumpulan jenayah.

Menurut Menteri Keadilan, Gustavo Villatoro, angka itu bertambah selepas pihak berkuasa dibenar melakukan tangkapan tanpa waran.

Jumlah tangkapan direkodkan turut melibatkan 16,000 individu yang ditahan sebelum kuasa khas itu diberi.

(Anggota polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap / Foto AFP)

Penangkapan secara agresif dijangka terus meningkat susulan anggota polis dan tentera ditempatkan di lokasi-lokasi strategik.

Selain penahanan, pihak berkuasa turut merampas 1,644 senjata api dan lebih 2,000 kenderaan.

Operasi besar-besaran itu disokong rakyat yang sering berdepan ancaman kumpulan jenayah.

Antara kumpulan kongsi gelap yang cuukp terkenal di El Salvador ialah Mara Salvatrucha dan Barrio 18.-AFP

Media Baharu