fb fb fb fb fb

Lebih 200 pekerja Disneyland Resort gesa kenaikan gaji

FOTO REUTERS

ANAHEIM, 18 Julai - Lebih 200 pekerja Disneyland Resort mengadakan bantahan di taman tema California terkenal di dunia itu, menggesa bayaran gaji lebih tinggi dan mengecam dakwaan amalan antikesatuan oleh syarikat itu.

Perhimpunan itu dianjurkan kesatuan sekerja mewakili kira-kira 14,000 pekerja Disneyland terdiri daripada pengusaha rollercoaster hinggalah kepada pembuat gula-gula.

Pada perarakan itu pekerja mengenakan pakaian bertemakan 'Indiana Jones' dan 'Star Wars'.

Slogan pada sepanduk tertera 'Mickey mahu gaji yang adil' dan 'Disney jangan jadi penjahat'.

"Kami berhak menerima gaji yang adil," kata pekerja Disneyland berusia 44 tahun, Ginny Cristales.

"Mogok adalah pilihan terakhir kami, yang kami tidak mahu lakukan. Tetapi jika Disney tidak mematuhi dan memberikan apa yang kami perlukan, maka kami semua sudah bersedia."

Disney telah berunding sejak April dengan empat kesatuan California mewakili pekerja tamannya.

Rundingan itu setakat ini tidak membuahkan hasil, dan kesatuan sekerja menyifatkan ia sebagai 'Tempat Paling Bahagia di Dunia' sebagai menakutkan pekerja.

Disney didakwa telah menegur dan mengeluarkan amaran kepada lebih 500 pekerja kerana memakai pin kesatuan yang memaparkan imej sarung tangan Mickey Mouse yang digenggam dalam bentuk penumbuk.

"Minggu lalu, saya melihat seorang pengurus memberitahu salah seorang pelakon untuk mengeluarkan lencananya. Dia memberitahunya bahawa ia akan ada pada kad rekodnya," kata Cristales.

"Dia tertekan dan dia takut."

Dakwaan itu telah mendorong siasatan Lembaga Perhubungan Buruh Kebangsaan.

Disney berkata kesatuan itu melanggar kod pakaian 'Disney Look' nya.

Pekerja akan mengundi sama ada untuk membenarkan mogok Jumaat ini. Jika tindakan itu diluluskan, kesatuan sekerja akan memutuskan terma dan tempohnya.

Rundingan kontrak dengan Disney ditetapkan pada Isnin dan Selasa depan. - AFP

TETITIA YUSOFF