fb fb fb fb fb

Lebih 200 kanak-kanak terbunuh di Lubnan - UNICEF

Seorang kanak-kanak kehilangan tempat tinggal ditemui di jalanan akibat serangan dilancarkan Israel ke atas Beirut/ REUTERS

GENEVA, 19 November- Lebih 200 kanak-kanak terbunuh manakala kira-kira 1,100 individu lagi cedera di Lubnan.

Jurucakap Agensi Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) James Elder berkata, angka berkenaan diperoleh dalam tempoh dua bulan lalu.

"Jumlah lebih 200 (kanak-kanak terbunuh) hanya dalam tempoh dua bulan lepas. Ia sekurang-kurangnya 231 sejak permulaan perang tahun lalu," kata James Elder.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini bagi menjawab pertanyaan wartawan berkenaan angka korba di Lubnan.

Bagaimanapun James Elder tidak mengulas berkenaan siapa yang bertanggungjawab ke atas insiden berkenaa,

Beliau mengatakan sesiapa yang mengikuti perkara itu, ia adalah jelas seperti yang dilaporkan media.

Lubnan melancarkan serangan ke atas Israel sebagai sokongan kepada Palestin.

Sejak September, Israel telah melakukan pengeboman yang meluas di Lubnan termasuk menyasarkan kawasan lain.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI