JAKARTA, 1 Januari- Lebih 140 warga Rohingya telah tiba di wilayah Sumatera Utara di Indonesia pada hujung minggu, lapor agensi berita negara Antara pada Isnin. Ia sekali gus menambah ketibaan kumpulan minoriti Muslim Myanmar ke Indonesia.
Kumpulan itu, kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, tiba dengan bot di kawasan Deli Serdang di Sumatera Utara pada Sabtu, menurut laporan Antara yang memetik kenyataan seorang pegawai polis.
Minggu lepas kapal tentera laut Indonesia telah menghalau bot yang membawa warga Rohingya di perairan jauh di utara Sumatera. Ketika ini etnik minoriti tidak diterima dalam kalangan penduduk di Indonesia.
Menurut data agensi pelarian Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNCHR) lebih 1,500 warga Rohingya telah mendarat di Indonesia sejak November.
Selama bertahun-tahun Rohingya telah meninggalkan Myanmar, di mana mereka secara umumnya dianggap sebagai penceroboh asing dari Asia Selatan, dinafikan kewarganegaraan dan tertakluk kepada penderaan.
Kumpulan yang dianggap sebagai penceroboh asing dari Asia Selatan selain dinafikan kewarganegaraan menjadikan Indonesia atau Malaysia sebagai lokasi tumpuan.- REUTERS