fb fb fb fb fb

Gempa bumi di Jepun, Korea Selatan beri amaran pindah

Orang ramai berpindah ke tempat lebih tinggi susulan amaran tsunami yang dikeluarkan/Foto Kyodo REUTERS

SEOUL, 1 Januari- Wilayah Gangwon Korea Selatan memberi amaran kepada penduduk di wilayah itu supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi selepas gempa bumi besar melanda utara tengah Jepun pada Isnin. Gempa itu turut mencetuskan amaran tsunami, menurut Kementerian Keselamatan.

Agensi meteorologi Korea Selatan sebelum ini berkata paras laut di beberapa bahagian wilayah Gangwon di pantai timur mungkin meningkat selepas gempa bumi dengan magnitud 7.6 melanda utara tengah Jepun.

Agensi itu berkata ombak tsunami sehingga 0.3 meter boleh sampai ke pantai timur Korea Selatan.

Penduduk Wilayah Gangnom turut dimaklumkan menerusi mesej teks kecemasan supaya tidak melakukan aktiviti di tepi pantai dan berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Bandar Samcheok juga menasihatkan penduduk supaya berpindah ke kawasan yang lebih tinggi daripada bangunan tiga tingkat, kata Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI