LONDON, 13 September- Lebih 100,000 penunjuk perasaan menyertai satu perhimpunan antimigran yang dianjurkan oleh aktivis berhaluan kanan di pusat bandar London.
Perhimpunan “Unite the Kingdom” itu dianjurkan aktivis Stephen Yaxley-Lennon, yang lebih dikenali sebagai Tommy Robinson, mencetuskan pertembungan ganas antara penunjuk perasaan dengan pihak polis.
Beberapa tangkapan turut dilakukan di lokasi kejadian.
Menurut media tempatan, perhimpunan ini berkemungkinan merupakan yang terbesar dianjurkan oleh kumpulan sayap kanan di Britain sejak beberapa dekad lalu.
Kerajaan Britain kini berdepan tekanan hebat terhadap usaha menangani isu migran/
Imigresen telah menjadi isu politik yang dominan di Britain, mengatasi kebimbangan mengenai ekonomi yang merosot, ketika negara itu menghadapi jumlah tuntutan suaka yang tertinggi.
Lebih daripada 28,000 pendatang telah tiba dengan bot kecil merentasi Selat setakat tahun ini. -REUTERS