fb fb fb fb fb

Laungan 'Bebaskan Palestin' bergema di Sydney

(Sekumpulan wanita berdoa sebelum perhimpunan aman bermula di Hyde Park, Sydney, Australia/FOTO REUTERS)

SYDNEY, 15 Oktober - Ribuan orang berhimpun hari ini di Australia sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Penganjur, Kumpulan Tindakan Palestin berkata kira-kira 5,000 pro-Palestin hadir dalam perhimpunan itu hari ini.

Meskipun terdapat ancaman polis di tengah-tengah ketegangan perhimpunan itu.

Mereka yang hadir mengibarkan bendera Palestin dan melaungkan 'Bebaskan Palestine'.

Pada perhimpunan aman itu sekurang-kurangnya ratusan polis meronda kawasan di sekitar Sydney, di ibu negeri yang paling ramai penduduk di Australia, New South Wales.

Sebuah helikopter polis turut berlegar dan terbang rendah untuk mengepung kawasan perhimpunan di Hyde Park.

Perhimpunan aman di seluruh dunia mengecam tindakan rejim zionis Israel yang meningkatkan serangan tanpa henti ke atas Gaza.

Jurucakap kumpulan Amal Naser berkata, perhimpunan itu ''aman setakat ini' sambil menambah bahawa pihak polis tidak mengerah menggunakan kuasa khas untuk menghentikan dan mencari mereka yang terlibat dalam perhimpunan itu.

rtm

(Polis memantau sebuah keluarga yang turut serta dalam perhimpunan aman di Hyde Park, Sydney, Australia hari ini/FOTO REUTERS)

Buat kali pertama, Naser menyifatkan tindakan polis itu sebagai suatu yang positif setelah hampir dua dekad ini.

Seorang rakyat Palestin yang tinggal di Sydney, berkata dia turut serta dalam perhimpunan itu untuk "bersikap aman, untuk menyokong negara (Palestine) saya, tiada kaitan dengan membakar bendera".

Sementara itu, penduduk Sydney, Mustafa hadir bersama tiga orang anaknya berkata bahawa bapanya telah meninggalkan Gaza pada 1976.

"Kami tidak menentang orang Yahudi, mereka telah lama berada di Palestin, berdampingan dengan umat Islam dan Kristian, kita semua adalah rakyat Palestin. Kami hanya menentang Zionis Israel," katanya.

Penganjur perhimpunan berkata mereka merancang untuk berarak melalui bandar Sydney hujung minggu depan.

Laman berita Guardian Australia berkata, ribuan lagi mengadakan perhimpunan di Adelaide, ibu negara Australia Selatan, dan di ibu negeri Victoria, Melbourne.

Tunjuk perasaan sama juga diadakan di seluruh Iran, selain negara lain termasuk di jalanan sekitar Bangladesh, Sri Lanka, Bulgaria, Yaman, Cape Town, Kashmir di India, Pakistan, Afghanistan dan Mesir. - REUTERS

Media Baharu