fb fb fb fb fb

Laporan susulan: Tujuh orang terbunuh gempa di barat daya China

(Kangding, China/Foto Wikipedia)

BEIJING, 5 September- Setakat awal petang ini, sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terbunuh selepas gempa 6.6 magnitud melanda barat daya China hari ini.

Berdasarkan tinjauan awal, beberapa bandar di wilayah Sichuan telah mengalami "kerosakan serius termasuk melibatkan kediaman akibat tanah runtuh " manakala talian telekomunikasi terputus di beberapa kawasan, lapor stesen penyiar CCTV negeri. Bekalan elektrik turut dilaporkan terjejas.

Gempa sebelum 1 tengah hari (0500 GMT) pada Isnin berlaku sekitar 43 kilometer tenggara bandar Kangding di wilayah Sichuan pada kedalaman 10 kilometer, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Media kerajaan melaporkan bahawa talian komunikasi dengan Moxi, sebuah bandar yang didiami kira-kira 7,000 penduduk yang terletak berhampiran pusat gempa, terputus selepas gempa melanda.

 


(Peta kawasan gempa di barat daya China/Foto USGS)

Berita berkaitan
Gempa 6.6 magnitud gegar barat daya China

Penduduk di wilayah Chengdu dan bandaraya Chongqing memberitahu AFP bahawa gempa menyebabkan bangunan bergegar dan mengalihkan kedudukan perabot.

Lebih 500 anggota penyelamat telah dihantar ke pusat gempa, menurut penyiar negeri CGTN.

Media kerajaan melaporkan beberapa gempa susulan turut berlaku di kawasan berhampiran. -AFP

Media Baharu