fb fb fb fb fb

Lapangan Terbang Istanbul paling sibuk di Eropah, catat hampir 37 juta penumpang

ISTANBUL, 31 Januari - Lapangan Terbang Istanbul dinamakan lapangan terbang paling sibuk di Eropah tahun lalu dengan hampir 37 juta penumpang.

Ia berdasarkan laporan tahunan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) Eropah, lapor Sputnik.

Menurut laporan itu, selain Lapangan Terbang Istanbul, Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di Moscow berada ditempat kedua senarai lima teratas dengan hampir 31 juta penumpang.

Ia diikuti Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris dengan 26.2 juta penumpang, Lapangan Terbang Amsterdam Schipholported dan Lapangan Terbang Moscow Doirmoded.

Kata laporan itu, meskipun trafik penumpang merentasi rangkaian lapangan terbang Eropah meningkat sebanyak 37% pada 2021 berbanding 2020, ia masih kekal 59% di bawah paras pra-pandemik 2019.

Pada masa sama, Lapangan Terbang Istanbul juga tersenarai di tempat pertama untuk jumlah penumpang paling banyak di antara lapangan terbang Eropah pada 2020, iaitu melebihi 20 juta penumpang walaupun terdapat sekatan perjalanan akibat pandemik.

Media Baharu