fb fb fb fb fb

Tunjuk perasaan di Czech, bantah sekatan susulan peningkatan kes

FOTO AFP

PRAGUE, 31 Januari - Ribuan warga Republik Czech mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Wenceslas membantah sekatan COVID-19 yang diumumkan kerajaan.

Rata-rata tidak berpuas hati dengan cara kerajaan melaksanakan sekatan dan mendakwa ia sebagai manipulasi undang-undang terhadap rakyat oleh kerajaan Perdana Menteri, Petr Fiala.

Terdahulu, pentadbiran Petr Fiala, mengumumkan singkatan tempoh kuarantin dan isolasi sebagai langkah berwaspada terhadap ancaman varian Omicron dengan mewajibkan ujian saringan COVID-19 terhadap semua.

Ia diperketat dengan melaksanakan larangan makan di restoran khusus untuk individu yang enggan divaksin.

Negara dengan penduduk 11 juta orang itu dilapor merekodkan kes jangkitan COVID-19 paling tinggi Rabu lalu sebanyak 54,689 tertinggi sejak pandemik melanda negara itu.

Sebanyak 37,184 kematian dicatat menjadikan negara itu antara paling teruk berdasarkan kadar per kapita berbanding negara-negara Eropah yang lain.

Media Baharu