fb fb fb fb fb

Florida dilanda suhu sejuk luar biasa, kali pertama dalam 12 tahun

PALM BEACH, 31 Januari - Suhu di Selatan Florida , Amerika Syarikat, mencecah tahap paling sejuk dalam tempoh 12 tahun apabila mencatat 3 darjah Celsius pada pagi Ahad.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat, cuaca begitu sejuk seperti itu agak jarang berlaku di Florida .

Di Pantai Vero, timur Florida, suhu paling rendah pernah direkodkan ialah -1 darjah Celsius pada 1978,

Suhu sejuk luar biasa itu turut mengakibatkan tanaman dan haiwan menjadi beku.

Bagaimanapun, tanaman musim sejuk di negeri itu dilaporkan tidak mengalami kerosakan besar.

Warga Florida juga menemui puluhan iguana bertaburan di halaman rumah selepas jatuh dari pokok.

Pada masa sama, polis Florida turut berkongsi beberapa tip keselamatan penting untuk orang ramai semasa mereka mengunakan alat pemanas di rumah untuk kali pertama musim ini.

Media Baharu