fb fb fb fb fb

Lapangan Terbang Antarabangsa Noumea dijangka beroperasi semula Selasa depan

Lapangan Terbang Antarabangsa Noumea

Noumea, 24 Mei- Lapangan terbang antarabangsa di ibu negara New Caledonia, Noumea dijangka akan kekal ditutup kepada penerbangan komersial sehingga lima hari lagi.

Pengarah lapangan terbang Noumea, Charles Roger memberitahu, lapangan terbang itu dijangka akan dibuka semula untuk penerbangan komersial sekurang-kurangnya pada pukul 9 pagi, hari Selasa.

Ia sekali gus menjadikan penutupan lapangan terbang itu kepada hampir dua minggu secara keseluruhan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Noumea diarahkan untuk penutupan sementara sejak 15 Mei lalu berikutan rusuhan yang tercetus di New Caledonia, wilayah pasifik Perancis.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE