fb fb fb fb fb

Lapan terbunuh, 15 cedera kebakaran pasar di utara China

Gambar hiasan

BEIJING, 4 Januari - Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban dan 15 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di sebuah pasar sayur di Zhangjiakou, utara China, pada Sabtu.

Kebakaran di Pasar Liguang itu dilaporkan berlaku kira-kira pada pukul 8.40 pagi waktu tempatan dan berjaya dipadamkan pada 10 pagi, menurut kenyataan Kerajaan Daerah Qiaoxi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, namun insiden seumpama ini sering berlaku di China akibat kelonggaran kod bangunan dan pengabaian keselamatan tempat kerja.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dan berada dalam keadaan stabil, menurut pihak berkuasa tempatan.

Pada Oktober lalu, kebakaran di Chengdu menyebabkan 24 orang dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan.

Manakala pada Julai, kebakaran di sebuah pusat beli-belah di Zigong, barat daya China, mengorbankan 16 nyawa. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN