fb fb fb fb fb

Lapan maut ditembak di Mexico

Foto AFP

BANDAR MEXICO, 13 Mei- Lapan orang maut dalam kejadian tembakan hujung minggu di negeri Morelos Mexico, bersebelahan dengan bandar raya Mexico, lapor pihak berkuasa pada Ahad.

Serangan berlaku pada Sabtu di perbandaran Huitzilac, di luar lebuh raya yang menghubungkan ibu negara dengan bandar pelancongan Cuernavaca.

Menurut pejabat pendakwa raya Morelos, empat orang maut di tempat kejadian manakala empat lagi maut selepas dibawa ke hospital.

Morelos ialah destinasi percutian popular untuk penduduk Mexico City, walaupun ia bersempadan dengan negeri Guerrero yang bergolak, tempat pelbagai kartel dadah beroperasi.

Pada November tahun lalu, sembilan maut di Cuernavaca akibat konfrontasi bersenjata antara polis dan penjenayah.

Kira-kira 450,000 orang telah dibunuh di seluruh negara sejak 2006, apabila kerajaan melancarkan serangan antidadah yang kontroversi melibatkan tentera.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM