fb fb fb fb fb

Lapan maut dibunuh lelaki bersenjata

Foto hiasan

MEXICO, 24 Februari- Lelaki bersenjata menembak mati lapan orang di negeri paling ganas di Guanajuato, Mexico, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Menurut pejabat pendakwa raya, identiti bagi lima wanita dan tiga lelaki yang dibunuh di jalanan pada malam Sabtu itu belum dikenal pasti.

Guanajuato merupakan hab perindustrian berkembang maju dan menempatkan beberapa destinasi pelancongan popular namun menurut statistik pembunuhan rasmi, ia juga dianggap sebagai negeri paling ganas di Mexico.

Bagaimanapun lelaki bersenjata yang menyebabkan kematian itu masih belum ditangkap.

Pada 2023, kejadian sama pernah berlaku di bandar Cortazar, menyaksikan seorang lelaki bersenjata menyerbu taman air dan membunuh tujuh individu, termasuk seorang kanak-kanak.

Namun Pengawal Kebangsaan telah menahan seorang lelaki pada Ahad di Guanajuato yang dikenal pasti oleh media tempatan sebagai ketua pembunuh upahan untuk kartel Santa Rosa de Lima.

Keganasan yang berlaku di Guanajuato dikaitkan dengan konflik berterusan antara kumpulan Santa Rosa de Lima dan kartel Generasi Baru Jalisco, salah satu yang paling berkuasa di Amerika Latin.

Keganasan berkaitan dadah telah menyaksikan lebih 480,000 individu terbunuh di Mexico sejak kerajaan mengerahkan tentera untuk memerangi penyeludupan pada 2006.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI