fb fb fb fb fb

Lapan calon bertanding untuk jawatan perdana menteri baharu Britain

LONDON, 13 Julai- Lapan ahli parlimen Konservatif akan bersaing untuk menjadi Perdana Menteri baharu Britain.

Antaranya bekas Menteri Kewangan Rishi Sunak, penggantinya Nadhim Zahawi, Setiausaha Luar Liz Truss, bekas Menteri Pertahanan, Penny Mordaunt dan bekas Menteri Kesihatan Jeremy Hunt.

Kesemua mereka menerima sokongan lebih 20 ahli Parlimen.

Pesaing lain terdiri daripada Kemi Badenoch, Suella Braverman dan Tom Tugendhat.


(Atas dari kiri: Liz Truss, Rishi Sunak, Penny Mordaunt dan Nadhim Zahawi. 
Bawah dari kiri: Tom Tugendhat , Suella Braverman, Jeremy Hunt dan
Kemi Badenoch/AFP)

Sementara itu, Menteri Kesihatan Sajid Javid menarik diri daripada bertanding selepas tidak mendapat sokongan yang mencukupi.

Boris Johnson kekal sebagai Perdana Menteri di Downing Street sehingga pertandingan dalaman parti menemui penggantinya. Keputusan itu bakal diketahui September ini.

Tetapi parti pembangkang utama Buruh berkata ia akan cuba memaksa undi tidak percaya kepada kerajaan untuk cuba mengeluarkannya daripada jawatan lebih awal.

Pemimpin pembangkang dari Parti Buruh Keir Starmer berkata bahawa dengan tindakan mereka minggu lalu, Tories telah menyimpulkan bahawa perdana menteri tidak layak untuk memegang jawatan.

Buruh mahukan undi pada hari Rabu. Daily Telegraph melaporkan bahawa kerajaan telah menolak masa untuk membahaskan usul itu.-AFP

Media Baharu