fb fb fb fb fb

Twitter Inc saman Elon Musk

(Foto AFP)

WILMINGTON, 13 Julai- Firma teknologi, Twitter Inc menyaman Elon Musk pada hari Selasa kerana melanggar perjanjian bernilai AS$44 bilion untuk membeli platform media sosial berkenaan dan meminta mahkamah Delaware mengarahkan orang terkaya di dunia untuk melengkapkan pembelian pada AS$54.20 setiap saham seperti yang dipersetujui.

"Musk nampaknya tidak seperti mana-mana pihak lain yang tertakluk kepada undang-undang kontrak Delaware dimana dia bebas untuk mengubah fikirannya, memusnahkan syarikat, mengganggu operasi syarikat, memusnahkan nilai pemegang saham dan berlalu pergi," kata aduan itu.

Tuntutan undang-undang itu menjadikan ia sebagai isu terbesar dalam sejarah Wall Street yang melibatkan salah seorang usahawan paling terkenal dunia.

Jumaat lalu, Musk berkata dia menamatkan perjanjian tersebut susulan Twitter melanggar perjanjian kerana gagal mengemukakan maklumat berhubung akaun palsu atau 'spam' pada laman sosial itu.

Namun, Twitter enggan memberikan maklumat lanjut mengenai akaun 'spam' itu kerana bimbang Musk akan membina platform lain sebagai pesaingnya selepas mendapatkan pemerolehan maklumat itu.

Twitter turut menyebut alasan yang dipetik oleh Musk sebagai "dalih" yang tidak mempunyai merit dan berkata keputusannya untuk pergi lebih berkaitan dengan penurunan dalam pasaran saham, terutamanya untuk saham teknologi.

Saham Twitter naik kepada AS$51.70 (RM229) seunit pada April lalu bila Musk mengumumkan hasratnya mahu membeli syarikat itu.

Namun, harganya jatuh kepada AS$35.76 (RM158) seunit sebulan selepas itu apabila komitmen Musk mula dipertikaikan dan semalam saham Twitter jatuh lagi kepada AS$37 (RM164) seunit.- REUTERS

Berita berkaitan
Elon Musk tangguh sementara beli Twitter
Twitter terima tawaran pengambilalihan Elon Musk bernilai AS$44 bilion


(FOTO AFP)

Media Baharu