ISLAMABAD, 13 November - Pihak berkuasa Pakistan menggagalkan cubaan penyeludupan dadah berskala besar dan merampas narkotik bernilai lebih 910 juta rupee (kira-kira US$3.05 juta) di wilayah barat laut negara itu, Khyber Pakhtunkhwa, lapor Xinhua memetik kenyataan Lembaga Hasil Persekutuan (FBR).
Pegawai kastam menahan sebuah bas penumpang di ibu negeri wilayah, Peshawar berdasarkan laporan risikan, menurut lembaga itu pada Rabu.
Hasil pemeriksaan menyeluruh, pegawai menemui 15.2 kilogram dadah jenis methamphetamine kristal, yang lebih dikenali sebagai ICE, disembunyikan di dalam tiga alat penyongsang yang direka khas di dalam kenderaan tersebut.
Pemandu dan konduktor bas ditahan di lokasi kejadian.
Operasi itu sebahagian tindakan berterusan Pakistan bagi membanteras penyeludupan rentas sempadan dan pengedaran dadah antarabangsa, menurut FBR. - BERNAMA-XINHUA