fb fb fb fb fb

Lagi ‘projektil tidak dikenali’ dilancarkan dari Pyongyang

(Siaran televisyen pagi ini menunjukkan gambar fail ujian peluru berpandu terdahulu selepas Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya satu projektil tidak dikenali hari ini/AFP)

SEOUL, 5 Mac- Korea Utara sekali lagi melancarkan ‘projektil tidak dikenali’, menurut sumber tentera Korea Selatan. Ia ujian senjata seumpamanya untuk kali ke-9 pada tahun ini oleh negara yang memiliki senjata nuklear itu.

“Korea Utara melancarkan projektil tidak dikenali ke arah timur,” kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan yang tidak memberi perincian lanjut mengenai ujian tersebut.

Januari lalu, Pyongyang telah melakukan tujuh kali ujian senjata yang belum pernah dilakukan sebelum ini termasuk peluru berpandu paling berkuasa sejak ujian terakhir pada 2017.

Pemimpin utama Kim Jong Un dilaporkan bertindak sedemikian sebagai provokasi atas tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Sejak itu usaha diplomasi terhenti dan meskipun dikenakan sekatan antarabangsa, Pyongyang terus menggandakan program pembangunan ketenteraan negara.

 (FOTO AFP)

Januari lalu, Korea Utara mengancam untuk menghentikan moratorium ujian senjata jarak jauh dan nuklear yang mereka putuskan sendiri.

Isnin lalu, Pyongyang mengesahkan telah menjalankan satu ujian penting ke arah pembangunan satelit peninjau, sehari selepas Seoul dan Tokyo menyatakan mereka telah mengesan pelancaran peluru berpandu balistik. -AFP

Media Baharu