fb fb fb fb fb

Pengguna internet di Eropah tidak dapat akses akibat serangan siber, berkait rapat konflik Rusia-Ukraine

PARIS, 5 Mac - Ribuan pengguna internet seluruh Eropah kini tidak dapat mengakses kemudahan tersebut, dipercayai akibat serangan siber yang berkait rapat operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine.

Penyedia perkhidmatan internet, Orange mendedahkan kira-kira 9,000 pelanggan anak syarikatnya Nordnet di Perancis tidak lagi boleh menggunakan kemudahan tersebut.

Perkara sama turut disahkan syarikat induk perkhidmatan internet Bigblu -- Eutelsat, apabila satu pertiga daripada 40,000 pelanggan antaranya di Jerman, Perancis, Hungary, Greece, Itali dan Poland turut terjejas.

(Gambar fail)

Pakar ketenteraan dan siber bimbang, konflik antara Rusia dan Ukraine mencetuskan serangan siber secara besar-besaran yang akan memberi kesan buruk di seluruh dunia.

Syarikat keselamatan siber memerhatikan serangan di Ukraine menggunakan virus pemusnah data baharu di mana kesan sebenar belum diketahui. - AFP

Media Baharu