GAZA, 27 Ogos- Beberapa orang awam terbunuh dan cedera malam tadi dalam serangan Israel di Gaza dan kem pelarian Maghazi, di tengah Gaza.
Agensi Berita Palestin, WAFA melaporkan pesawat tentera Israel menyasarkan sebuah kediaman di kem Maghazi dan mengorbankan tiga penduduk, termasuk seorang kanak-kanak, dan kecederaan beberapa yang lain.
Pasukan pertahanan awam turut menemui tiga mayat dan beberapa lagi cedera berikutan pengeboman Israel ke atas sebuah pangsapuri di Jalan Yermouk, Gaza.
Sebilangan rakyat terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kediaman di Jalan Yaffa di kawasan kejiranan Tuffah di timur Gaza.
Pencerobohan Israel di Gaza sejak Oktober tahun lalu, mengakibatkan 40,435 orang awam terbunuh dan 93,534 yang lain cedera, manakala beribu-ribu mangsa masih hilang.