fb fb fb fb fb

Lady Gaga, Celine Dion dijangka buat penampilan di upacara pembukaan Paris

FOTO REUTERS

LONDON, 26 Julai - Lady Gaga dan Celine Dion dijangka tampil di tebing Sungai Seine pada malam Jumaat, dalam satu upacara pembukaan Olimpik Paris yang unik, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Mereka berdua dilaporkan akan menyanyikan lagu Edith Piaf "La Vie en Rose" sebagai penutup acara pembukaan yang pertama kali diadakan di luar stadium.

Delegasi pasukan akan belayar dari Jambatan Austerlitz menuju Trocadero, bersebelahan Menara Eiffel.

Dion, penyanyi Perancis-Kanada, menerusi catatan di X, menyatakan kegembiraannya untuk kembali ke Paris.

Persiapan untuk upacara ini telah berjalan selama berbulan-bulan, dengan sungai Seine kini dipagari untuk keselamatan.

Peminat yang memiliki tiket akan duduk di tempat khas di tebing sungai, dan acara ini akan disiarkan melalui 80 skrin besar di seluruh Paris.

Juara Olimpik Tom Daley dan Helen Glover akan memimpin kontinjen Team Great Britain, berharap untuk memenangi rekod 70 pingat.

Upacara Olimpik Paris pada 1924 diadakan di Stadium Olimpik di Colombes, disertai 3,089 atlet, dengan hanya 135 wanita.

“Pada mulanya, ini kelihatan seperti rancangan yang tidak masuk akal, tetapi kami memutuskan untuk merealisasikannya,” kata Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang memimpin projek ini. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF