fb fb fb fb fb

Krisis Sudan: Tembakan kedengaran, meski gencatan senjata dipersetujui

SUDAN, 22 April- Bunyi tembakan masih kedengaran di Khartoum, meski perjanjian mengenai genjatan senjata selama 72 jam dicapai antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Pada Jumaat, RSF menerusi media sosial telah mengumumkan gencatan senjata selama tiga hari bermula pukul 6.00 pagi waktu tempatan.

SAF menyatakan persetujuan mengenai gencatan senjata tersebut dan memaklumkan koridor kemanusiaan akan dibuka sepanjang tempoh berkenaan.

"Situasi di lapangan masih sukar, menurut sumber, krisis ini tetap berlarutan di Khartoum, Omdurman dan Bahri. Di Omdurman, pertempuran berlaku di bangunan radio kebangsaan.

Ketika saya bercakap ini, bunyi tembakan semakin dekat. Di Khartoum, situasi kemanusiaan semakin sukar, panduduk sedang menderita," kata seorang wartawan berpengkalan di Khartoum, Momen Almakki.

(Sebuah kenderaan terbakar susulan pertempuran yang berlaku antara
SAF dan RSF / Foto REUTERS)

Menurut data terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya 413 orang terbunuh manakala 3,551 lagi cedera dalam pertempuran yang masih berterusan.-REUTERS

Media Baharu