fb fb fb fb fb

Krisis Sudan: Penduduk terdesak keluar dari medan perang

SUDAN, 22 April- Penduduk di Khartoum terdesak untuk meninggalkan ibu negara itu susulan konflik yang berlaku sejak Sabtu lalu.

Pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang tercetus pada 15 April, memaksa orang awam mencari tempat perlindungan.

Rakaman video menunjukkan penduduk tempatan bermati-matian cuba melarikan diri dari zon perang ke kawasan selamat.

Mereka berhadapan harga barangan yang melambung tinggi, bekalan elektrik terputus dan kekurangan air, manakala keperluan asas seperti makanan dan ubat-ubatan juga terjejas teruk akibat konflik yang berterusan.

(Seorang penduduk memuatkan barangan ke atas sebuah kenderaan
untuk berpindah keluar dari zon perangĀ / Foto REUTERS

"Tiket di Stesen Bas Shandi di Khartoum Bahri sangat mahal. Saya datang dari Abri awal pagi dan harga tiket ialah 7,000 pound Sudan (kira-kira 12 dolar AS), tetapi apabila saya ingin pulang ke Abri, harga tiket menjadi 25,000 pound Sudan (sekitar 42 dolar AS).

Manakala jika saya ingin membeli tiket di dalam bas, harga tiketnya ialah 30,000 pound Sudan (hampir 50 dolar AS). Itu adalah harga yang tak masuk akal dan botol air biasa ini berharga 500 paun Sudan (0.8 dolar AS). Keadaan di sini sangat teruk dan serius," kata seorang penduduk tempatan.-REUTERS

Media Baharu