fb fb fb fb fb

Penggunaan mifepristone dikekalkan di AS

WASHINGTON, 22 April- Mifepristone ialah ubat yang diguna secara meluas di Amerika Syarikat (AS) untuk menggugurkan kandungan wanita hamil yang berusia kurang daripada 10 minggu.

Perkara ini telah menjadi sasaran gerakan anti-pengguguran di negara itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung AS mengekalkan akses secara meluas untuk ubat tersebut buat sementara waktu sekali gus membekukan sekatan yang dikenakan oleh mahkamah rayuan.

Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) memaklumkan, mifepristone telah digunakan oleh rakyat AS selama beberapa dekad.

(Foto hiasan)

Pada 2016, FDA menetapkan mifepristone selamat digunakan di AS untuk menggugurkan kehamilan yang berusia kurang 10 minggu.

Ia hanya boleh disalurkan kepada pengguna terus di klinik dan hospital. -AFP

Media Baharu