fb fb fb fb fb

Krisis perumahan, ribuan orang protes di Portugal

(Foto Reuters)

LISBON, 2 April- Ribuan orang memenuhi jalan di Lisbon dan bandar-bandar lain di seluruh Portugal, pada Sabtu.

Ia sebagai protes berhubung kenaikan sewa dan harga rumah, yang menyukarkan orang ramai untuk memenuhi keperluan hidup mereka.

"Terdapat krisis perumahan yang besar hari ini. Ini adalah kecemasan sosial," kata Rita Silva, dari kumpulan perumahan Habita, pada protes di Lisbon.

Sewa di Lisbon, kawasan yang menjadi tumpuan pelancong, melonjak 65 peratus sejak 2015 dan harga jualan meningkat 137 peratus dalam tempoh itu.

Angka dari Confidencial Imobiliario, yang mengumpul data mengenai perumahan pula, menunjukkan sewa meningkat 37 peratus pada tahun lepas sahaja, lebih daripada di Barcelona atau Paris, menurut syarikat data hartanah lain, Casafari.

Keadaan itu sememangnya menyukarkan terutama bagi golongan muda.

(Gaji rendah dan sewa yang tinggi menjadikan Lisbon sebagai
bandar ketiga paling tidak berdaya maju di dunia untuk didiami/Foto Reuters)

Dalam pada itu, gaji rendah dan sewa yang tinggi menjadikan Lisbon sebagai bandar ketiga paling tidak berdaya maju di dunia untuk didiami, menurut kajian oleh broker insurans CIA Landlords.

Kadar inflasi semasa Portugal iaitu sebanyak 8.2 peratus telah memburukkan lagi masalah ini.

"Dengan gaji saya yang lebih tinggi daripada gaji purata di Lisbon, saya tetap tidak mampu menyewa flat kerana ia terlalu mahal," kata Nuncio Renzi, seorang eksekutif jualan dari Itali yang tinggal di ibu negara.-REUTERS

Media Baharu