fb fb fb fb fb

Berebut tepung percuma, polis Pakistan lepas gas pemedih mata

(Tangkap layar anggota keselamatan memantau keadaan/Foto Reuters)

PESHAWAR, 2 April- Polis Pakistan melepaskan tembakan ke udara, selain gas pemedih mata, bagi menyuraikan orang ramai yang berebut-rebut mendapatkan tepung percuma di Stadium Kriket Hayatabad, pada Sabtu.

Menteri Makanan, Khyber Pakhtunkhwa Fazal Elahi Khan tidak bersetuju dengan kaedah pemberian bantuan berkenaan.

Sebaliknya, menyarankan kerajaan memberi wang tunai.

Katanya, penggunaan kawasan lapang untuk mengagihkan bantuan makanan itu menarik perhatian ramai dan sukar untuk mengawal keadaan.

"Apabila anda memilih kawasan lapang maka ia menarik sebilangan besar orang dan menjadi sukar untuk kerajaan mengawal mereka.

"Itulah yang berlaku di Hayatabad, di mana orang ramai hilang kesabaran dan mula merompak dan merosakkan infrastruktur berharga," katanya.

(Orang ramai dilihat melarikan diri dengan membawa
beg berisi tepung di atas kepala/Foto Reuters)

Insiden yang sama juga berlaku di daerah Shangla dan Swat sebelum ini.

Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam rempuhan untuk mendapatkan bantuan makanan tersebut.-REUTERS

Media Baharu