fb fb fb fb fb

Angka kematian tanah runtuh Ecuador meningkat kepada 27

QUITO, 2 April- Jumlah mangsa korban tanah runtuh di Ecuador telah meningkat kepada 27 orang, kata pihak berkuasa, sambil menambah bahawa pasukan penyelamat masih mencari berpuluh-puluh orang yang hilang selepas tragedi itu berlaku hampir seminggu lalu.

Berikutan hujan lebat, sebahagian besar lereng gunung runtuh lewat Ahad lalu dan menimbus sebahagian bandar Alausi, memusnahkan dan merosakkan sekurang-kurangnya 163 rumah, kata pegawai.

Pasukan penyelamat telah menghabiskan enam hari terakhir menggali runtuhan di bandar selatan kira-kira 180 batu (300 kilometer) selatan ibu kota Quito mencari berpuluh-puluh orang, dengan jumlah kematian semakin meningkat.

Pada hari Jumaat, Sekretariat Pengurusan Risiko berkata, 23 orang telah meninggal dunia, 38 cedera dan 67 masih hilang.

Tetapi pada hari Sabtu jumlahnya telah meningkat "27 kematian yang disahkan selepas runtuhan," kata pejabat pendakwa raya negara di Twitter.

(FOTO AFP)

Pegawai berkata, pasukan penyelamat masih mencari orang yang hilang, walaupun tidak dapat dipastikan jumlahnya.

Wilayah yang sama dilanda gempa bumi lebih seminggu sebelum itu yang mengakibatkan 15 orang terbunuh.

Selepas berbulan-bulan hujan lebat, kerajaan minggu lalu mengisytiharkan darurat selama dua bulan di 13 daripada 24 wilayah di negara itu, membolehkan sumber ekonomi diagihkan semula ke kawasan terjejas. -AFP

Media Baharu