fb fb fb fb fb

Krisis kebuluran di Brazil meningkat 73 peratus

SAO PAULO, 9 Jun- Bilangan rakyat kebuluran di Brazil meningkat 73 peratus sejak dua tahun lalu.

Ini menyaksikan krisis kebuluran terburuk bagi sebuah negara yang memperoleh hasil pendapatan tinggi yang mampu membasmi kemiskinan.

Menurut laporan daripada Rangkaian Penyelidikan Keselamatan Makanan Brazil, kira-kira 33.1 juta rakyat di negara itu hidup dalam kelaparan.

Ia mewakili 15.5 peratus isi rumah dalam negara dengan 213 juta orang, berdasarkan data yang dikumpul antara November 2021 dan April 2022.

(Foto fail/ AFP) 

Lebih 125 juta orang daripada jumlah itu mengalami kekurangan bekalan makanan yang dikhuatiri tidak mencukupi buat masa terdekat.

Angka itu meningkat sebanyak 7.2 peratus daripada 2020.

Krisis kebuluran itu kesan daripada pembubaran dasar sosial yang berterusan, krisis ekonomi, ketidaksamaan taraf sosial serta impak pandemik COVID-10.

Program sosial 'Auxilio Brasil' yang dilancarkan Presiden Jair Bolsonaro tahun ini antara inisiatif menangani isu kekurangan bekalan makanan yang dialami rakyat.

Orang ramai juga bertidak mencari makanan di tong sampah akibat kebuluran ketika negara berdepan wabak COVID-19. -AFP

Media Baharu