LONDON, 9 Jun- Perdana Menteri Britain, Boris Johnson terselamat daripada usul undi tidak percaya.
Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai suatu perkara yang menyakinkan yang mampu membantu kerajaan mengorak langkah dan memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting untuk rakyat.
Kerajaan kini boleh menumpukan untuk membantu orang ramai antaranya kos sara hidup, menangani pandemik COVID-19 dan isu-isu keselamatan.
Dalam masa sama dapat meningkatkan tahap dan mengukuhkan ekonomi negara.
(Perdana Menteri Britain, Boris Johnson/ AFP)
Dalam pengundian itu, seramai 211 daripada 359 ahli Parlimen menyokong beliau untuk terus mengemudi kerajaan, sementara 148 lagi menentang.
Usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Johnson tercetus selepas sejumlah ahli Parlimen menyerahkan surat tidak percaya mencecah 54, atau 15 peratus anggota Konservatif.
Dengan meraih sokongan dalam undi tersebut, Johnson berjaya memperoleh penangguhan selama 12 bulan sekali gus menghalang mana-mana ahli Parlimen membawa satu lagi usul bagi mencabar beliau.
Kemenangan itu juga menjamin kedudukannya sebagai Perdana Menteri Britain.
Sementara itu, Johnson berkata, beliau tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya mengejut dalam masa terdekat. -AFP