fb fb fb fb fb

94 kes pembunuhan Datuk Bandar dicatatkan di Mexico sejak 2000

MEXICO, 9 Jun- Pembunuhan Datuk Bandar Teopisca di negeri Chiapas, Ruben de Jesus Valdez Diaz menjadi individu ke-94 ditembak sejak 2000.

Ruben diserang sebelim ditembak kumpulan lelaki bersenjata yang menaiki motosikal ketika beliau meninggalkan rumahnya.

Menurut penduduk tempatan dan pemberita, kumpulan bersenjata yang belum dikenal pasti itu bertindak menggeladah rumah mangsa selepas menembak Datuk Bandar itu.

Pembunuhan itu berlaku selepas satu video melibatkan kumpulan bersenjata lain tersebar dua minggu lalu yang melibatkan kegiatan mengedar dadah di bandar sama.

Pendakwa raya mengumumkan pembukaan kertas siasatan terhadap kematian Ruben.

(Datuk Bandar Teopisca di negeri Chiapas, Ruben de Jesus Valdez Diaz menjadi individu
ke-94 ditembak sejak 2000/ AFP)

Perundingan Etellekt menerusi ciapannya di Twitter berkata, seramai 17 Datuk Bandar telah dibunuh di Mexico sejak Disember 2018, apabila Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memegang jawatan.

Valdez telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Teopisca sejak Jun 2021.

Cesar Valencia, Datuk Bandar Aguililla di barat negeri Michoacan, telah dibunuh pada Mac.

Aguililla telah teruk dilanda keganasan berkaitan dadah. -AFP

Media Baharu