fb fb fb fb fb

Krisis di Ukraine, Britain tambah seribu anggota tentera

FOTO AFP

BRUSSELS, 10 Februari- Britain bersedia menempatkan seribu lagi anggota tentera bagi menangani sebarang krisis kemanusiaan berkaitan Ukraine.

Keputusan itu dibuat ketika Perdana Menteri, Boris Johnson menghadiri mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels.

Lawatan tersebut bertepatan dengan rundingan krisis di Moscow antara Setiausaha Luar, Liz Truss dan rakan sejawatannya, Sergei Lavrov, ketika United Kingdom dan sekutu pimpinan Amerika Syarikat mendesak Russia menghentikan ancamannya ke atas Ukraine.

Dari Brussels, Johnson akan ke Warsaw untuk bertemu Presiden Poland, Andrzej Duda, Perdana Menteri Mateusz Morawiecki dan anggota tentera Britain di negara itu.

Britain hampir menggandakan penempatan anggota tenteranya dalam NATO di Estonia, daripada 900 kepada seribu 750 anggota, dan mempunyai pasukan lebih kecil di Ukraine.

Johnson yang malawat Kyiv minggu lalu bagi menunjukkan solidariti dalam mesejnya kepada Moscow mahukan diplomasi sebenar, bukannya paksaan. -AFP

Media Baharu