PYONGYANG, 27 Jun- Korea Utara telah berjaya menjalankan ujian penting dalam membangunkan peluru berpandu yang membawa pelbagai kepala peledak.
Bagaimanapun, Korea Selatan mendakwa ia sebagai "penipuan" untuk menutup kegagalan.
Menerusi televisyen milik kerajaan Korea Utara (KRT), ujian yang dijalankan semalam itu menggunakan enjin peringkat pertama, dilengkapi peluru berpandu balistik jarak pertengahan dan jarak jauh berasaskan bahan api pepejal.
KRT menyiarkan tiga gambar ujian tersebut.
Sementara Tentera Korea Selatan berkata analisis bersama tentera Amerika Syarikat menunjukkan peluru berpandu itu meletup pada peringkat awal. - REUTERS