YA'AN, 27 Jun- Dua panda gergasi dari China memulakan perjalanan ke zoo di Amerika Syarikat (AS).
Menurut penyiar negara China CCTV, haiwan berkenaan dikenali sebagai Xin Bao (betina, tiga tahun) dan Yun Chuan (jantan, empat tahun).
Kedua-dua haiwan tersebut dalam perjalanan dari Pangkalan Panda Bifengxia di wilayah Sichuan, barat daya China ke San Diego, California.
"Pakar panda China akan menghabiskan masa tiga bulan untuk membantu pasangan itu menyesuaikan diri dengan habitat baharu.
"Kedua-dua haiwan berkenaan akan menetap di Zoo San Diego," kata CCTV.
China akan menghantar dua lagi panda gergasi ke zoo negara di Washington, ketika Beijing dan AS menjalinkan hubungan yang lebih kukuh, selepas hubungan mereka dingin sejak kebelakangan ini. - REUTERS