TAIPEI, 27 Jun- Kementerian pertahanan Taiwan berkata pada Khamis bahawa mereka telah mengesan 35 pesawat tentera China di sekitar pulau itu dalam tempoh 24 jam.
China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan tidak akan sesekali berhenti mendesak dan menggunakan kekerasan dalam memastikan negara demokrasi yang diperintah sendiri itu kekal di bawah kawalannya.
Usaha itu telah meningkatkan tekanan ke atas Taipei dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan mengadakan latihan ketenteraan di sekitar pulau berkenaan.
Selain itu, ia berkait dengan pelantikan Presiden Taiwan, Lai Ching-te bulan lalu, yang mana Beijing menganggap sebagai "pemisah berbahaya".
"Semasa latihan, Beijing menghantar 62 pesawat tentera di sekitar Taiwan, jumlah sehari tertinggi dalam tahun ini," menurut kementerian pertahanan Taipei.
Pada Khamis, kementerian berkata ia telah mengesan 35 pesawat tentera China dan tujuh kapal tentera laut di sekitar pulau itu dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 6:00 pagi waktu tempatan.- AFP