fb fb fb fb fb

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik terbaharu

ICBM bernama Hwasong-18 dilancarkan pada 18 Disember 2023/AFP

SEOUL, 2 April- Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun, hari ini, lapor Ketua Turus Bersama Seoul.

Ia dilancarkan kurang dua minggu selepas media kerajaan Pyongyang melaporkan bahawa Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah selesai menyelia kejayaan ujian enjin bahan api pepejal.

Ujian berkenaan adalah bagi keperluan peluru berpandu hipersonik jarak perantaraan jenis baharu yang dibangunkan oleh negara itu.

Pelancaran hari ini merupakan ujian peluru berpandu balistik ketiga setakat tahun ini.

Tahun lalu, Korea Utara mengumumkan kejayaan menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) pertamanya yang dinamakan Hwasong-18.

Hwasong-18 disifatkan pencapaian terpenting bagi negara itu kerana keupayaan serangan balas nuklear yang boleh mencapai jarak merangkumi mana-mana sasaran di keseluruhan Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. -AFP

SITI AISHAH MD ISA