fb fb fb fb fb

Korea Utara kecam latihan ketenteraan AS-Korea Selatan

FOTO REUTERS

PYONGYANG, 26 Ogos - Korea Utara mengecam latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat-Korea Selatan, menyifatkannya sebagai bukti niat Washington untuk “menduduki” Semenanjung Korea serta mengancam negara musuh di rantau itu.

Menurut televisyen rasmi KRT, Timbalan Ketua Staf Pertama Tentera Rakyat Korea, Kim Yong Bok memberi amaran, jika latihan berkenaan diteruskan, pihaknya akan berdepan situasi tidak menyenangkan dan "membayar harga yang mahal”.

Latihan tahunan selama 11 hari itu, dikenali sebagai Ulchi Freedom Shield, bermula 18 Ogos lalu, melibatkan skala hampir sama dengan tahun 2024 namun 20 daripada 40 latihan lapangan dijadualkan semula ke September, menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE