SEOUL, 10 Jun- Korea Utara mengapungkan kira-kira 310 belon yang membawa sampah ke selatan merentasi sempadan malam tadi.
Agensi berita Yonhap melaporkan, tentera Korea Selatan memberitahu ia berlaku selepas selepas adik pemimpin agung Korea Utara, Kim Jong Un memberi amaran tentang 'tindak balas baharu'.
"Kumpulan terbaru belon berisi sampah yang dihantar pada lewat Ahad mengandungi kertas sekerap dan plastik, tanpa bahan toksik dikesan setakat ini," kata Yonhap, memetik Ketua Staf Bersama.
Ia menambah setakat ini tiada belon tambahan dikesan terapung di udara.-AFP