WASHINGTON, 10 Jun- Sebuah pesawat kargo Amerika menjatuhkan lebih 10 tan metrik bantuan ke utara Gaza pada Ahad selepas penghantaran digantung sementara ekoran serangan Israel di kawasan berkenaan.
Penduduk Gaza sangat memerlukan bantuan kemanusiaan selepas lapan bulan konflik dan Amerika Syarikat beralih untuk menyampaikannya melalui udara dan laut ketika Israel menangguhkan kemasukan bantuan melalui darat.
"Penghantaran batuan dari udara itu memberikan disifatkan boleh membantu dalam menyelamatkan nyawa di utara Gaza," kata Komando Pusat AS (CENTCOM) dalam satu kenyataan.
"Sehingga kini AS telah menjatuhkan lebih 1,050 tan metrik bantuan kemanusiaan" sebagai tambahan kepada bantuan yang dihantar melalui jeti sementara yang dipasang di pantai Gaza, katanya.
"Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan dan kami terus merancang penghantaran susulan," tambah CENTCOM.
Pentagon berkata pada akhir Mei terdapat beberapa faktor yang menyukarkan operasi bantuan dari udara ke Gaza.
Antaranya operasi Israel dan keadaan cuaca.
Penghantaran bantuan melalui udara yang terbaharu itu berlaku sehari selepas penghantaran bantuan dimulakan semula melalui jeti, yang rosak akibat cuaca buruk bulan lalu dan terpaksa dibaiki di pelabuhan berhampiran sebelum dipasang semula ke pantai.
Setakat ini, Israel telah membunuh lebih 37,000 orang di GAza kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.-AFP