fb fb fb fb fb

Korea Selatan peruntuk belanjawan lebih besar untuk pertahanan dan aeroangkasa

Foto REUTERS

GOYANG, 20 Oktober - Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, berkata negara itu akan memperuntukkan “belanjawan yang lebih besar daripada jangkaan” untuk penyelidikan pertahanan dan aeroangkasa sehingga tahun 2030.

Katanya, ia dalam usaha membina industri pertahanan keempat terbesar di dunia.

Lee berucap pada Pameran Aeroangkasa dan Pertahanan Antarabangsa Seoul (ADEX) 2025, pameran senjata terbesar yang pernah diadakan di Korea Selatan, di mana syarikat-syarikat mempamerkan senjata baharu tanpa pemandu dan yang dipertingkatkan dengan kecerdasan buatan (AI) daripada howitzer hingga dron dalam usaha meningkatkan jualan pertahanan di peringkat global.

Menurut data daripada Pangkalan Data 100 Syarikat Senjata Teratas Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), Korea Selatan berada di kedudukan ke-10 dalam jualan senjata pada tahun 2023.

Senjata kini menjadi antara eksport yang paling pesat berkembang di Korea Selatan, terutamanya sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dengan perjanjian bernilai berbilion dolar untuk menjual pelbagai kelengkapan ketenteraan daripada howitzer dan peluru hinggalah peluru berpandu serta kapal perang ke seluruh dunia. - REUTERS.

Trainee