(Pelancaran Danuri menggunakan roket SpaceX Falcon 9 turut disiarkan secara
langsung di televisyen di Seoul pada 5 Ogos 2022/AFP)
SEOUL, 5 Ogos- Seperti diumumkan tahun lalu, Korea Selatan melancarkan pengorbit bulan pertamanya yang dilancarkan di Amerika Syarikat dalam misi negara itu selama setahun untuk memerhati Bulan.
Video pelancaran secara langsung menunjukkan muatan termasuk rangkaian tahan gangguan baharu untuk menghantar data dari angkasa.
Dipanggil sebagai Danuri – gabuangan dua perkataan Korea iaitu “Bulan dan “nikmati”; dihantar menggunakan roket Falcon 9 yang dilancarkan dari Cape Canaveral di Florida oleh syarikat aeroangkasa Elon Musk, SpaceX.
Danuri dijadual tiba ke Bulan pada pertengahan Disember.
“Ini adalah kemajuan penting dalam sejarah penerokaan angkasa lepas Korea Selatan," kata Lee Sang-ryool, Presiden Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea Selatan, menerusi video yang disiarkan sebelum pelancaran.
“Danuri adalah permulaan dan jika kita ada azam yang kuat dan komited kepada pembangunan teknologi ke angkasa lepas, kita boleh tiba di Marikh, asteroid, dan sebagainya dalam masa terdekat."
(Gambar menunjukkan pelancaran Korea Lunar Pathfinder Orbiter (KPLO) atau Danuri
mengunakan Falcon 9 di Cape Canaveral di Florida pada 4 Ogos 2022/AFP)
Ketika misi perjalan ke Bulan, Danuri akan menggunakan enam instrumen berbeza, termasuk kamera yang sangat sensitif disediakan NASA untuk menjalankan penyelidikan, termasuk menyiasat permukaan bulan bagi mengenal pasti tapak pendaratan yang berpotensi untuk misi masa depan.
Salah satu instrumen akan menilai kadar toleran gangguan sistem komunikasi angkasa lepas; menurut Kementerian Sains Korea Selatan, adalah yang pertama di dunia.
Danuri juga akan cuba membangunkan persekitaran internet tanpa wayar untuk menghubungkan dengan satelit atau kapal angkasa.
Pengorbit bulan itu akan ‘menstrim’ lagu BTS sensasi K-pop "Dynamite" untuk menguji rangkaian internet tanpa wayar itu.
Saintis Korea Selatan berkata Danuri – memakan masa tujuh tahun untuk dibangunkan – akan membuka jalan kepada cita-cita tinggi negara untuk menjejakkan kaki di Bulan menjelang 2030.
“Jika misi ini berjaya, Korea Selatan akan menjadi negara ke-7 di dunia yang melancarkan penyisat tanpa pemandu atau manusia ke Bulan,” kata seorang pegawai di Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea Selatan. -AFP