SEOUL, 18 Ogos- Pemimpin Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bersama pada Ahad dan mengesahkan untuk bersama-sama menangani cabaran serantau, kata Pejabat Presiden Korea Selatan.
Pejabat Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dalam satu kenyataan berkata, prinsip kerjasama tiga hala diwujudkan pada sidang kemuncak tahun lepas terus berfungsi sebagai peta bagi kerjasama ketiga-tiga negara.
"Kami tetap dengan komitmen kami untuk berunding mengenai cabaran serantau, provokasi dan ancaman yang menjejaskan kepentingan dan keselamatan kolektif kami," katanya.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol bertemu pada 18 Ogos dan bersetuju untuk memperkasa kerjasama ketenteraan dan ekonomi dan mengambil pendirian bersatu menentang kuasa China yang semakin meningkat dan ancaman keselamatan dari Korea Utara.
Sementara itu media Korea Selatan memetik sumber yang tidak dinamakan, ketiga-tiga pemimpin itu merancang untuk bertemu semula tahun ini, tetapi ia masih belum diputuskan terutamanya apabila Kishida mengumumkan beliau akan berundur.- REUTERS