fb fb fb fb fb

Korea Selatan bakal larang makan daging anjing

Seorang penduduk Korea Selatan membawa anjing bersiar-siar di Seoul,/ FOTO AFP

SEOUL, 19 November - Korea Selatan bakal mengharamkan memakan daging anjing bagi menoktahkan kontroversi berkaitan amalan lama disamping memberi kesedaran tentang hak haiwan kata seorang ketua dasar parti pemerintah.

Amalan memakan daging anjing yang dipraktikan rakyat Korea menimbulkan kritikan dari pihak luar kerana kejam dan juga menimbulkan bantahan daripada pembangkang terutamanya generasi muda.

"Sudah tiba masanya untuk menamatkan konflik sosial dan kontroversi mengenai penggunaan daging anjing melalui penggubalan akta khas untuk menamatkannya," kata Yu Eui-dong, ketua dasar Parti Kuasa Rakyat yang memerintah, pada pertemuan dengan pegawai kerajaan dan aktivis hak haiwan.

"Kerajaan dan parti pemerintah akan memperkenalkan rang undang-undang tahun ini untuk menguatkuasakan larangan, kata Yu, sambil menambah bahawa dengan sokongan dua parti yang dijangkakan, rang undang-undang itu harus dibentangkan melalui parlimen.

Menteri Pertanian Chung Hwang-keun memberitahu melalui mesyuarat itu kerajaan akan melaksanakan larangan dengan cepat dan memberikan sokongan maksimum kepada pengusaha dalam industri daging anjing bagi menutup perniagaan mereka.

Akta antidaging anjing telah gagal dibentangkan pada suatu ketika dahulu kerana mendapat bantahan mereka yang terlibat dalam industri, dan kebimbangan tentang mata pencarian petani dan pemilik restoran.

Larangan yang dicadangkan turut termasuk tempoh tangguh selama tiga tahun dan sokongan kewangan bagi perniagaan untuk beralih kepada perdagangan.

Memakan daging anjing telah menjadi amalan lama di Korea dan dilihat sebagai cara untuk mengatasi panas akibat musim panas melampau-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD