fb fb fb fb fb

Korea Selatan-AS sepakat modenisasi pakatan keselamatan

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 26 Ogos - Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung pada Isnin berkata beliau dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju untuk memodenkan pakatan keselamatan kedua-dua negara dalam pertemuan kemuncak mereka.

Lee turut mengumumkan Korea Selatan akan meningkatkan belanjawan pertahanan bagi membangunkan angkatan tentera pintar yang mampu menghadapi peperangan masa depan.

Kenyataan itu dibuat dalam satu forum di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS), Washington, selepas Lee dan Trump mengadakan sidang kemuncak sulung mereka.

“Dalam sidang kemuncak hari ini dengan Presiden Trump, kami bersetuju untuk memperkukuh dan memodenkan pakatan dua hala agar lebih seimbang serta berorientasikan masa depan, sejajar landskap keselamatan yang semakin berubah. Komitmen pertahanan A.S. terhadap Korea Selatan dan postur pertahanan bersama kekal teguh.

"Pada masa sama, Korea akan mengambil peranan lebih utama dalam mengekalkan keselamatan di Semenanjung Korea,” katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE