fb fb fb fb fb

Korban kebakaran depoh minyak meningkat 33 orang

(Anggota bomba memadamkan kebakaran berhampiran depot bahan api milik syarikat
minyak dan gas milik negara Indonesia Pertamina, di Plumpang, Jakarta/ AFP)

JAKARTA, 24 Mac- Angka kematian akibat kebakaran di depoh simpanan bahan bakar Indonesia yang dikendalikan oleh firma tenaga negara, Pertamina meningkat kepada 33 orang dengan hampir sedozen lagi dalam keadaan kritikal, kata pihak berkuasa kesihatan pada hari Jumaat.

Pegawai tertinggi menggesa audit kemudahan tenaga Indonesia dijalankan selepas kebakaran pada 3 Mac melanda kawasan kediaman berhampiran, memusnahkan rumah dan membakar kereta di sebelah depoh di ibu kota Jakarta.

"Sehingga hari ini, 33 orang secara keseluruhan telah terkorban dan 11 masih dirawat. Mereka berada di ICU dan keadaan mereka serius," kata jurucakap agensi kesihatan Jakarta, Luigi kepada agensi berita AFP.

Pihak berkuasa sebelum ini mengisytiharkan 18 mangsa maut, sehari selepas letupan.

Beribu-ribu orang terpaksa berpindah apabila kebakaran itu berlaku.

Agensi mitigasi bencana tempatan bagaimanapun memaklumkan bahawa semua mangsa telah meninggalkan pusat perlindungan.

Saksi menyamakan kebakaran itu seperti letupan bom selepas letupan awal menyebabkan penduduk tempatan panik menjerit dan melarikan diri melalui jalan sempit dengan bola api menerangi latar langit Jakarta di belakang mereka. -AFP

(Korban kebakaran depoh minyak meningkat 33 orang/REUTERS)

Media Baharu